PENDAHULUAN:
Pada
era globalisasi ini, dunia banyak mencetuskan perubahan dalam menghayati
kehidupan selepas arus pasca permodenan. Gaya kehidupan harian kita banyak
berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan cabaran
terhadap nilai, budaya, permikiran dan corak kehidupan yang berkiblatkan adat,
tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Dunia kini berubah dengan amat
pantas hasil daripada ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai ciptaan
baharu yang terhasil dari inovasi teknologi. Melalui teknologi maklumat,
batasan sempadan antara negara telah berjaya dihapuskan malah ia berjaya
merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan pelbagai elemen luar memasuki
ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan.
Kertas
kerja saya dalam tugasan ini akan mempamerkan inisiatif dan kerjasama yang baik
dalam menyelesaikan tugasan tentang kesan dan cabaran dunia siber dalam
pembentukan akhlak masyarakat pada masa ini.
DEFINISI:
Menurut
Kamus Dewan , Siber berkaitan
dgn komputer atau Internet: Ibu bapa menghadapi cabaran utk mendidik anak dalam
dunia ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Akhlak
menurut Ibn Miskawayh ialah sesuatu situasi yang terbentuk dalam diri seseorang
manusia dan ia berfungsi sebagai kuasa eksekutif yang mengarah orang tersebut
melakukan semua perbuatannya.
Istilah
dunia siber atau ‘cyberworld’ pertama kali digunakan oleh William Gibson
seorang penulis sains fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer(1984),
yang mana beliau gambarkan sebagai “suatu istilah tekno dan menggugat perasaan
tetapi pada dasarnya tidak bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk
semua idea sibernatiknya.” Kini, isitilah ini menjadi suatu perkataan yang
sangat biasa dan digunakan dengan meluas untuk menggambarkan segala sesuatu
berkaitan dengan komputer, teknologi maklumat, internet dan pelbagai budaya
internet. Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu suatu
tempat yang benar-benar wujud, walaupun sebagai media komunikasi berbanding
suatu galaksi lain
Secara keseluruhannya , definisi tajuk kertas ini ialah melihat sejauh mana kesan dan cabaran yang dihadapi
oleh kelompok masyarakat dalam menongkah arus kemodenan dunia komputer dan
internet yang mana terdapat kesan positif dan juga negatif.
CABARAN
DAN KESAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT
ANTARA
CABARANNYA IALAH :
1. KESAHIHAN MAKLUMAT.
Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya
adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta.
Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya.
Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan
melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran
terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya
dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan
berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang
perlu merujuk kepada sumber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan
kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah
mempercayai bahan yang diperolehi dari internet.
2. PERMASALAHAN REMAJA
Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi
internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber café, internet
café dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms,
3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri.
Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar
yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada
yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada
anak-anak mereka.
Hal ini demikian kerana mereka banyak
terpengaruh dari rakan mereka sendiri sehingga mereka terjebak dalam kes
jenayah . Kesannya
ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak ada kawalan
keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja.
3. PERUBAHAN GAYA
HIDUP DAN PENCEMARAN BAHASA
Perpatah
Melayu ada menyebut:
“Yang Kurik Itu
Kendi, Yang Merah Itu Saga”
“Yang Elok Itu
Budi, Yang Indah Itu Bahasa”
Pengaruh ICT yang
menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradigma
sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek
pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri
manusia. Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi
acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan.
Seperkara yang menarik
dalam isu ICT ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa
sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa
sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama di
kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan
dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai tersebar
penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata
dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan
bahasa itu sendiri.
Kesannya taraf hidup di Malaysia, (khususnya di kawasan
Bandar) umumnya seseorang yang berumur 13 tahun ke atas telah mempunyai tahap
kematangan biologi yang mencukupi untuk menjadi seorang ibu atau bapa. Bermakna
seseorang perempuan itu telah mampu mengandung dan melahirkan bayi, (telah
timbul keinginan sex) tetapi dari segi sosial (dan keperluan sosial dan
ekonominya) seseorang itu dalam konteks masyarakat Malaysia kini dia masih
belum mampu. Dia masih memerlukan masa di antara 8-10 tahun lagi bagi
menamatkan pengajian, mendapatkan pekerjaan yang sesuai (terjamin kewanganya)
dan kemudiannya mendirikan keluarga. Dengan melayari gambar-gambar dan
cerita-cerita seks (atau berunsur seks) ini boleh meningkatkan ransangan dan
keinginan melakukan hubungan seks. Seseorang remaja bukan tidak mengetahui
bahawa hubungan sex luar nikah adalah berdosa, risiko yang besar dan akan
menghadapi kesan yang buruk bagi masa depannya, tetapi ketidak-seimbangan
rohani, sosial dan keinginan biologinya menyebabkan seseorang itu terdorong
melakukan hubungan kelamin luar nikah. Meningkatnya bilangan remaja berumur di
antara 13-20 tahun yang sanggup melakukan hubungan sex dengan rela dipercayai
mempunyai hubungan dengan sumber-sumber gambar/cerita daripada ICT yang
berleluasa dan tidak terkawal. Ianya juga mempunyai hubungan dengan kes
pembuangan bayi yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
KEPERLUAN
ETIKA ISLAM DALAM PENGGUNAAN SIBER (ICT)
Tidak dapat
dinafikan bahawa satu standard etika yang syumul dan menyeluruh amat diperlukan
pada zaman ini bagi mengawal dan “mengadapkan” manusia. Dengan satu harapan
suci lagi murni, melahirkan umat Malaysia khususnya dan dunia amnya yang akan
disegani kerana keluhuran budi dan akalnya.
Nilai
murni ialah nilai yang baik yang dapat membina keharmonian, kekuatan dan
pembangunan individu serta masyarakat . Nilai ini perlu dikembangkan bagi
membendung pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat. Antaranya termasuklah
nilai kejujuran, kesetiaan, keadilan dan sebagainya. Dalam dunia siber ini, di
mana Internet menjadi senjata utama manusia, maka amat perlu dipastikan mereka
yang terlibat di dalam dalamnya sentiasa terpandu dengan nilai ini. Sebagai
contoh seorang pengguna Internet wajar tahu setakat mana hak penggunaannya.
Pembuat laman web mesti sedar apakah berita yang disebarkan itu akan menambah
nilai kepada masyarakat atau sebaliknya. Pengamalan kepada nilai murni ini
pastinya akan membimbing manusia ICT.
PENUTUP
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman
dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang
cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam
sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam
penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu
sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan
sebagainya.
Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah
tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak
atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan
budaya masyarakat kita serta menjamin survival nilai-nilai positif masyarakat,
semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan
nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi
mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah.
Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya,
tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan
kurang kan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan
dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif ICT ini
sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa
Malaysia.